
Almarhum Baginda Yang Amat Mulia Tengku Daeng Ibrahim yang dikenali juga sebagai Daeng Ronggek, Daeng Kechil dan Tengku Chik adalah anak kedua Temenggung Abdul Rahman. Baginda telah dilantik secara rasmi oleh Bendahara Tun Ali dari Pahang sebagai Dato' Temenggung Daeng Ibrahim Seri Maharaja Johor pada 19 Ogos 1841. Melalui Persetiaan 10 Mac 1855 dengan Tengku Ali, baginda telah mendapat kuasa mutlak sebagai pemerintah de facto dan de jure. Mulai dari tarikh inilah sejarah pengasasan Johor Moden bermula dalam bidang-bidang pentadbiran, politik, ekonomi dan sosial serta membentuk dinasti baru Kesultanan Johor. Temenggung Ibrahim mangkat pada 31 Januari 1862 dan baginda telah dimakamkan di Makam Diraja Teluk Belanga, Singapura.
Hanya yang kita ada Sultan dan Raja-raja Melayu. Teruskan minat anda.Tahniah
BalasPadamDino mengatakan daeng ibrahim merupakan anak KEDUA temenggong abdur rahman,persoalannya adalah dimanakah atau siapakah anak PERTAMA temenggong??
BalasPadamTun Daeng Haji Abdullah putera pertama Temenggung Abdul Rahman namun oleh kerana tidak disukai British maka diisytiharkan Temenggung Daeng Ibrahim sebagai pengganti
Padam